Saturday, August 21, 2010

GKN 3013 REKA BENTUK LAMAN WEB

27 october 2010
KHAMIS

 FINAL PROJECT REPORT


FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
94300 KOTA SAMARAHAN
__________________________________________________________
GKN 3013 REKABENTUK LAMAN WEB

TAJUK : WEB PROMOSI PROCAR

NAMA           : SALEHA BINTI ABDUL WAHAB
NO MATRIK : 22225
PROGRAM    : SENIREKA TEKNOLOGI ( SENIREKA PERINDUSTRIAN )
NAMA PENSYARAH : CIK SALMIAH BINTI ABDUL HAMID





1.0 PENGENALAN

      Rekabentuk laman web ini diajar bertujuan untuk memahirkan pelajar dari segi ilmu pengetahuan dalam bidang IT di samping dapat memberi peluang kepada pelajar untuk membuat laman web sendiri mengikut idea rekaan kreatif mengikut perkembangan ilmu dalam bidang IT.

 1.1 SITE MAP PROCAR

    
Site map untuk promosi Procar ini mengandungi 5 navigation iaitu ` home` bagi menerangkan procar secara ringkas. Manakala `company background` pula adalah bertujuan untuk menerangkan syarikat procar ditubuhkan dan hasil jualan yang telah diperolehi dalam sesuatu masa. Bahagian `product` pula adalah bertujuan memberi gambaran beberapa jenis kereta yang telah direka untuk pengguna dan `promotion` pula untuk mempromosikan kereta jenis procar kepada bakal pengguna dengan menggunakan promosi melalui  TV3, PETRONAS,SHELL dan ESSO. `contact us` bertujuan untuk menyenangkan orang ramai untuk mengetahui tentang kereta jenis procar dan untuk mendapatkan maklumat tersebut.  


1.3 LOGO PROCAR

Warna kelabu yang berbentuk elips melambangkan dinamik pada kereta procar tersebut. Warna biru  digunakan pada logo procar ini melambangkan optimistik keran yakin boleh bersaing dengan kereta yang telah ada di pasaran. Manakala warna merah melambangkan perhubungan tenaga kerja dalam sesuatu organisasi dan melambangkan ketahanan dalam menempuhi cabaran globalisasi. Warna kuning pula melambangkan jenis kereta yang dikeluarkan akan nampak lebih terserlah dan mampu menarik perhatian pelanggan.


EXPERIMENTS LOGO



SKETCHES






INTERFACE DESIGN PROCAR



HOME PAGE

COMPANY BACKGROUND



PRODUCT


PROMOTION


CONTACT US



1.4 USER TESTING

     Laman web ini adalah bertujuan untuk mempromosikan satu rekaan kereta terbaru iaitu Procar. dalam rekaan laman web ini pereka telah menggunakan layout yang sama pada setiap rekaan supaya pelayar laman web ini tidak terkeliru apabila melayari satu bahagian ke bahagian yang lain. 

    Konsep yang digunakan dalam rekabentuk laman web mempromosikan kereta terbaru iaitu kereta jenis Procar  ialah lebih ringkas dan menarik supaya pelayar yang mengunjungi laman web ini tidak cepat bosan kerana maklumat yang disampaikan dalam web tersebut secara ringkas tetapi padat.

    Warna tema untuk interface promosi kereta ini ialah warna hijau iaitu melambangkan ketenangan kepada bakal pengguna walaupun menghadapi masalah. Dalam laman web ini pereka telah menggunakan software dreamwaver dan software flash.

    Penggunaan software flash dalam web ini adalah untuk membuat gambar yang boleh bergerak dan dapat menarik perhatian pelayar yang mengunjungi laman web ini. Manakala penggunaan software dreamwaver pula  adalah untuk membuat navigation serta untuk membuat link ke satu  bahagian ke bahagian yang lain serta teks yang terdapat dalam web ini boleh disalin semula dan dapat di edit semula.

    Menurut ujian yang diperolehi daripada beberapa pelawat yang melayari laman web ini telah memberikan beberapa komen iaitu terdapat banyak teks dan gambar tidak tidak mencukupi. selain itu, untuk melihat gambar tidak dapat dilihat dengan teliti kerana bergerak dengan cepat.

    Selain itu, interface untuk laman web ini lebih simple dan mudah untuk dilayari. Manakala navigation ini tidak mempunyai masalah kerana navigation untuk melihat di paparan seterusnya di highlightkan supaya pelayar mengetahui akan berada di tempat yang betul untuk dikunjungi.

   


KUCHING FESTIVAL DESIGN WEEK 2011

 LOGO



- `48` melambangkan 48 tahun negeri sarawak sudah mencapai kemerdekaan iaitu pada tanggal 16 september 1963. 
- warna merah, kuning dan hitam diambil pada warna bendera Sarawak


REPORT

Pengenalan

kelas ini diajar adalah bertujuan memberi pengetahuan kepada pelajar tentang cara - cara untuk membina laman web, cara menggunakan laman web untuk menjalankan sesuatu perniagaan atau organisasi dan fungsi laman web tersebut dalm bentuk komersil ataupun sebagai sudut informasi kepada orang ramai. kursus ini adalah bertujuan supaya pelajar mahir dalam bidang IT di samping mereka dapat memberikan idea rekaan yang kreatif menerusi laman web yang akan dibuat.

Rekabentuk Laman Web

Dalam laman sesawang ini telah diberikan tugasan untuk mereka satu sesawang yang berkaitan dengan Sarawak Design Week 2011 Festival. Dalam laman sesawang ini berkonsepkan simple tetapi lebih berkaitan dengan sarawak. Dalam logo rekaan ini saya bertemakan nombor 48 iaitu berkaitan dengan negeri sarawak yang telah mencapai 48 tahun kemerdekaan. Dalam logo ini juga saya telah mengambil warna pada bendera sarawak iaitu warna kuning, merah dan juga hitam. sasaran utama untuk laman web ini ialah kepada orang ramai ataupun pelacong untuk mengetahui tentang aktiviti-aktiviti yang akan berlangsung pada  setiap bulan.

sebelum memulakan sesebuah laman sesawang ini kami telah diberikan tugasan yang berkaitan dengan sarawak design week 2011 festival. selepas diberikan tugasan saya telah membuat satu brainstroming untuk membina interface untuk rekaan laman sesawang saya. sketch merupakan salah satu bahagian yang amat penting untuk membina laman sesawang ini iaitu pereka dapat mengetahui tempat meletakkan bahagian - bahagian tertentu dalam laman sesawang. 

rekaan reka bentuk laman web untuk Sarawak Design Week 2011 Festival ini mengandungi beberapa navigasi antaranya ialah home, about us, activity, picture dan contact us. di setiap navigasi ini mempunyai rollover iaitu untuk mengasingkan butang-butang yang lain apabila pergi ke halaman yang lain. latar belakang yang digunakan dalam web design ini ialah berlatarbelakangkan imej bangunan - bangunan yang terdapat di sekitar kuching. ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada orang ramai berkaitan dengan kuching festival ini.

Masalah yang dihadapi semasa membuat laman web

Masalah yang dihadapi semasa membuat laman web ini ialah meletakan imej yang telah di slicekan ke dalam adobe dreamweaver iaitu tempat perletakkan bahagian-bahagian yang betul dan semasa membuat rollover pada butang- butang di setiap halaman tersebut. selain itu ialah apabila bahagian yang telah siap dibuat dalam adobe dreamweavwer terdapat garisan yang memisahkan bahagian iaitu seperti di bahagian header serta di bahagian navigation.

Kesimpulan

kesimpulannya, pereka haruslah mengetahui apa yang penting untuk diletakkan di dalam sesebuah laman web supaya orang ramai yang mengunjungi laman web ini tidak mempunyai masalah apabila mengakses laman web ini. pereka juga seharusnya mengetahui pelbagai aspek yang harus dititikberatkan supaya dapat menarik minat pengguna untuk selalu mengunjungi laman web tersebut.










INTERFACE DESIGN


INTERFACE HOME
INTERFACE PICTURE


INTERFACE ACTIVITY




INTERFACE CONTACT US
INTERFACE ABOUT US



INTERFACE WEB DESIGN SKETCH


















_

No comments:

Post a Comment